kumpulan 9 : Pengurusan Pelbagai Budaya

            

4.8 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERANAN SEKOLAH

  • Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak.
  • Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.         
  • Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara indidvidu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah.
  • Sikap pengurusan sekolah amat penting terhadap pembetukan dasar dan amalan di peringkat sekolah. 
  • Dalam konteks pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu :                
    1. Membuka peluang kepada pelajar yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai.
    2. Berperanan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif.
    3. Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.                    
  • Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.
  • Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.
  • Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

       TUJUAN DAN STRATEGI PERBEZAAN

  • Tujuan perbezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan bempelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan berbeza membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang mereka boleh lakukan.
  • Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

  4.9 JENIS-JENIS PERBEZAAN ADALAH TIDAK TERHAD

    Terdapat beberapa jenis perbezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum.

  •  Isi Kandungan : Perbezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan.

  •  Minat : Perbezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar.

  •  Kadar : Perbezaan kadar belajar merupakan jenis perbezaan yang paling kerap digunakan oleh guru.

  •  Tahap : Perbezaan kadar belajar diikuti oleh perbezaan dari segi tahap.

  •  Akses : Perbezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktivit yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembetangan aktiviti diubahsuai bagi pelajar tertentu berdasarkan keprluan mereka.              

  •  Respon : Perbezaan akses memberi peluang kepada perbezaan respon pelajar. 

  • Urutan : Perbezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.

  • Struktur : Perbezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang sedemikian rupa di mana sesetengah pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh ('chunks') manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.              

  • Masa guru : Masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata.                                

  • Stail pengajaran : Perbezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan

  • Pengumpulan : Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah perbezaan. Pengumpulan pelbagai dan imginatif membolehkan guru menyediakan tugas-tugas yang spesifik dan bahan-bahn yang sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang dijangkakan.   



           
          Terima Kasih 😊

                  

LINK AHLI KUMPULAN

https://heynoteskps3014.blogspot.com/

https://someofnoteskps3014.blogspot.com/2021/05/kps3014-pengurusan-pelbagai-budaya.html   

https://pengurusanpelbagaibudayakumpulan9.blogspot.com/2021/05/kepentingan-memahami-pendidikan-bagi.html

https://pengurusanpelbagaibudaya3014.blogspot.com/2021/05/cabaran-guru-dalam-menangani.html                          

                       



 







Comments